Ng. Jelai terletak kira-kira 40 km dari pekan Stapang, Sibu. Perjalanan ke sana mengambil masa 3 jam menggunakan perahu dari pekan Stapang. Beberapa tahun ini, jalan raya dari pasar Stapang ke Ng. Tamin telah hampir siap dibaikpulih dan boleh dilalui oleh penduduk setempat. Sekiranya menggunakan kenderaan dari pekan Stapang ke Ng. Tamin hanya mengambil masa 1 jam dan 30 minit menggunakan perahu.Rumah panjang Ng Jelai yang diketuai oleh TR. Michael Chabo Anak Aying dan seorang kaunselor iaitu En. Empaling Anak Gasing. Rumah panjang ini mempunyai 37 pintu.